~cahaya cinta~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Counter~

Sabtu, 30 Jun 2012

Rezeki itu milik saya....

Assalamualaikum.w.b.t.....

Alhamdulillah pada tika ini kalian serta diri saya masih lagi diberi nikmat oleh Allah s.w.t untuk melihat,membaca dan juga mendengar.Semoga kita menggunakan nikmat itu sebaik mungkin di kesempatan yang masih diberi olehNya.

Dan masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita yang kini sudah berada di pertengahan tahun 2012,berbulankan Julai waktu ini,dan bermakna Ramadhan juga bakal menjengah kita tidak berapa lama lagi yang mengikut pada kiraan kalendar jatuh pada tanggal 21 Julai 2012 untuk tahun ini.Mudah-mudahan kita bakal tempuhinya dengan penuh kesabaran dan penghayatan.Sudah sepatutnya juga kita melatih diri kita berpuasa pada saat ini supaya lebih bersedia menghadapinya,namun seperti amalan sunat yang ditinggalkan oleh Rasulullah.s.a.w untuk berpuasa pada setiap isnin dan juga khamis sepatutnya menjadi amalan buat kita,namun amalan ini sudah lama kita tinggalkan bukan,termasuk juga diri saya.

Begitu rindu waktu di zaman persekolahan dulu,kebetulan saya juga berpeluang menjadi salah seorang penghuni di asrama sekolah,setiap kali adanya hari istimewa sempena bulan-bulan dalam Islam,kami semua akan dimaklumkan dan beramai-ramai meraikannnya,sangat rindu pada sahabat-sahabat saya dialam persekolahan,semoga mereka berbahagia selalu hendaknya kerana kebanyakan dari mereka juga kini bakal dan sudah bertukar status dan tanggungjawab.Begitulah rezeki,nasib dan perjalanan hidup seorang hamba dimuka bumi Allah yang sangat luas ini.

Disini saya ingin berkongsi dengan saudara dan juga saudari sekalian mengenai sesuatu yang saya alami beberapa hari yang lalu.Ini hanya cerita yang mungkin sudah boleh dipanggil basi untuk saya coretkan disini kerana kita semua turut pernah merasai dan mengalaminya.Kisahnya bermula apabila suatu hari saya ditugaskan oleh pihak tempat saya bekerja untuk menjalankan sesi pameran produk disekolah.

Jadi bila dinamakan pameran disekolah pihak sekolah  tersebut telah membekalkan beg-beg kertas yang mengandungi cenderahati sebagai tanda ingatan buat kami.Dan saya yang begitu teruja untuk mengetahui isi kandungan beg-beg kertas tersebut lantas membelek-belek dan mengeluarkan satu-satu isinya.Dan saya lihat ada cupcake didalamnya yang diletakkan didalam bekas lutsinar untuk cupcakes dan ditampalkan reben yang menarik warnanya diatas penutupnya.Wah!! sangat comel kata saya didalam hati dan memasukkan semula barang-barang tersebut kedalam beg kertas itu sebelum kami bertolak pulang ke pejabat.

Setibanya di pejabat,rakan sekerja saya mengagihkan barang didalam beg-beg kertas tersebut,untuk dibuat pilihan oleh rakan sekerja yang lain,setibanya pada giliran saya,hanya tinggal cupcakes dan sepeket gula-gula jelly,dan semestinya saya memilih cupcakes sebab sedari tadinya saya begitu teruja dengan cupcake itu,sebenarnya bekas cupcakes itu sangat menarik hati saya.Kemudian tiba waktu rehat tengahari itu,saya keluar dengan senyum lebarnya.

Tiba-tiba,bila saya duduk semula ditempat saya,dan yang mengejutkan ialah cupcakes itu telah tiada.Alamak kemana pula perginya cupcakes saya??tanya saya didalam hati,setiap orang di pejabat saya tanyakan,mestilah saya cari,saya tidak sempat menjamahnya semasa disana kerana hidangan untuk jamuan waktu itu telah kehabisan cupcakes.Oh tidakk!!!Kemudian seorang rakan sekerja mengaku telah mengambilnya,dan dia memberitahu dia telah diam-diam memberinya kepada rakan sekerja yang lain,ohh!! tidak kempunan lah saya,saya beritahu padanya,saya belum rasa lagi kek itu,huhu dan memang betul-betul rasa sedih sebab nak simpan bekas lutsinar yang ada reben tu,maklumlah dah dapat dalam tangan tiba-tiba hilang macam tu saja tup-tup sudah diberi pada orang lain.Dan saya kata tidak mengapa,jika bukan rezeki saya apalah yang boleh saya buat selain redha.Rakan sekerja saya seorang ni memang nakal orangnya suka menyakat staff-staff kami.

Keesokan harinya saya membuat kerja seperti biasa,keluar rehat juga macam biasa,dan pulang sahaja dari waktu rehat,keadaan jadi luar biasa,aik??siapa punya cupcakes yang tinggal dekat atas meja saya ni??Tidak lama kemudian rakan sekerja tersebut datang kepada saya mengatakan dia mencuba sedaya mungkin untuk mendapatkan semula cupcakes itu untuk saya,Oh tidak.com,sangat terkejut pada hari Jumaat yang mulia itu,sebenarnya saya tidak kisah juga dengan kehilangan cupcakes itu kerana sibuk dengan tugas jadi saya anggap itu satu petunjuk dari Allah s.w.t jika sesuatu rezeki itu untuk kita tidak kira macamana orang ambil dari kita,rezeki itu tetap menjadi milik kita.Allhamdulillah.Dan saya sangat bersyukur atas nikmat itu,sangat terharu saya dibuatnya.

Sebagai hambaNya,kita perlu yakin dengan janji dan nikmat pemberian Allah,cepat ataupun lambat,hanya DIA sahaja yang mengetahuinya.Kaya atau miskin kita didunia ini tidak ada bezanya,kerana rezeki itu sentiasa ada dimana-mana sahaja.Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang kita miliki kini dan dimasa hadapan,hargai seadanya sahaja kerana ia hanyalah sementara.Yang paling hebat untuk dimiliki adalah redha Allah s.w.t untuk rezeki yang dicurahkannya.Semoga menjadi insan yang merendah diri.

P/s:Manjadda Wa Jadda,Sesiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya.
      Rezeki itu ada dimana-mana.Hanya kita perlu mencari dan manfaatkannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan