~cahaya cinta~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Counter~

Sabtu, 30 Jun 2012

Rezeki itu milik saya....

Assalamualaikum.w.b.t.....

Alhamdulillah pada tika ini kalian serta diri saya masih lagi diberi nikmat oleh Allah s.w.t untuk melihat,membaca dan juga mendengar.Semoga kita menggunakan nikmat itu sebaik mungkin di kesempatan yang masih diberi olehNya.

Dan masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita yang kini sudah berada di pertengahan tahun 2012,berbulankan Julai waktu ini,dan bermakna Ramadhan juga bakal menjengah kita tidak berapa lama lagi yang mengikut pada kiraan kalendar jatuh pada tanggal 21 Julai 2012 untuk tahun ini.Mudah-mudahan kita bakal tempuhinya dengan penuh kesabaran dan penghayatan.Sudah sepatutnya juga kita melatih diri kita berpuasa pada saat ini supaya lebih bersedia menghadapinya,namun seperti amalan sunat yang ditinggalkan oleh Rasulullah.s.a.w untuk berpuasa pada setiap isnin dan juga khamis sepatutnya menjadi amalan buat kita,namun amalan ini sudah lama kita tinggalkan bukan,termasuk juga diri saya.

Begitu rindu waktu di zaman persekolahan dulu,kebetulan saya juga berpeluang menjadi salah seorang penghuni di asrama sekolah,setiap kali adanya hari istimewa sempena bulan-bulan dalam Islam,kami semua akan dimaklumkan dan beramai-ramai meraikannnya,sangat rindu pada sahabat-sahabat saya dialam persekolahan,semoga mereka berbahagia selalu hendaknya kerana kebanyakan dari mereka juga kini bakal dan sudah bertukar status dan tanggungjawab.Begitulah rezeki,nasib dan perjalanan hidup seorang hamba dimuka bumi Allah yang sangat luas ini.

Disini saya ingin berkongsi dengan saudara dan juga saudari sekalian mengenai sesuatu yang saya alami beberapa hari yang lalu.Ini hanya cerita yang mungkin sudah boleh dipanggil basi untuk saya coretkan disini kerana kita semua turut pernah merasai dan mengalaminya.Kisahnya bermula apabila suatu hari saya ditugaskan oleh pihak tempat saya bekerja untuk menjalankan sesi pameran produk disekolah.

Jadi bila dinamakan pameran disekolah pihak sekolah  tersebut telah membekalkan beg-beg kertas yang mengandungi cenderahati sebagai tanda ingatan buat kami.Dan saya yang begitu teruja untuk mengetahui isi kandungan beg-beg kertas tersebut lantas membelek-belek dan mengeluarkan satu-satu isinya.Dan saya lihat ada cupcake didalamnya yang diletakkan didalam bekas lutsinar untuk cupcakes dan ditampalkan reben yang menarik warnanya diatas penutupnya.Wah!! sangat comel kata saya didalam hati dan memasukkan semula barang-barang tersebut kedalam beg kertas itu sebelum kami bertolak pulang ke pejabat.

Setibanya di pejabat,rakan sekerja saya mengagihkan barang didalam beg-beg kertas tersebut,untuk dibuat pilihan oleh rakan sekerja yang lain,setibanya pada giliran saya,hanya tinggal cupcakes dan sepeket gula-gula jelly,dan semestinya saya memilih cupcakes sebab sedari tadinya saya begitu teruja dengan cupcake itu,sebenarnya bekas cupcakes itu sangat menarik hati saya.Kemudian tiba waktu rehat tengahari itu,saya keluar dengan senyum lebarnya.

Tiba-tiba,bila saya duduk semula ditempat saya,dan yang mengejutkan ialah cupcakes itu telah tiada.Alamak kemana pula perginya cupcakes saya??tanya saya didalam hati,setiap orang di pejabat saya tanyakan,mestilah saya cari,saya tidak sempat menjamahnya semasa disana kerana hidangan untuk jamuan waktu itu telah kehabisan cupcakes.Oh tidakk!!!Kemudian seorang rakan sekerja mengaku telah mengambilnya,dan dia memberitahu dia telah diam-diam memberinya kepada rakan sekerja yang lain,ohh!! tidak kempunan lah saya,saya beritahu padanya,saya belum rasa lagi kek itu,huhu dan memang betul-betul rasa sedih sebab nak simpan bekas lutsinar yang ada reben tu,maklumlah dah dapat dalam tangan tiba-tiba hilang macam tu saja tup-tup sudah diberi pada orang lain.Dan saya kata tidak mengapa,jika bukan rezeki saya apalah yang boleh saya buat selain redha.Rakan sekerja saya seorang ni memang nakal orangnya suka menyakat staff-staff kami.

Keesokan harinya saya membuat kerja seperti biasa,keluar rehat juga macam biasa,dan pulang sahaja dari waktu rehat,keadaan jadi luar biasa,aik??siapa punya cupcakes yang tinggal dekat atas meja saya ni??Tidak lama kemudian rakan sekerja tersebut datang kepada saya mengatakan dia mencuba sedaya mungkin untuk mendapatkan semula cupcakes itu untuk saya,Oh tidak.com,sangat terkejut pada hari Jumaat yang mulia itu,sebenarnya saya tidak kisah juga dengan kehilangan cupcakes itu kerana sibuk dengan tugas jadi saya anggap itu satu petunjuk dari Allah s.w.t jika sesuatu rezeki itu untuk kita tidak kira macamana orang ambil dari kita,rezeki itu tetap menjadi milik kita.Allhamdulillah.Dan saya sangat bersyukur atas nikmat itu,sangat terharu saya dibuatnya.

Sebagai hambaNya,kita perlu yakin dengan janji dan nikmat pemberian Allah,cepat ataupun lambat,hanya DIA sahaja yang mengetahuinya.Kaya atau miskin kita didunia ini tidak ada bezanya,kerana rezeki itu sentiasa ada dimana-mana sahaja.Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang kita miliki kini dan dimasa hadapan,hargai seadanya sahaja kerana ia hanyalah sementara.Yang paling hebat untuk dimiliki adalah redha Allah s.w.t untuk rezeki yang dicurahkannya.Semoga menjadi insan yang merendah diri.

P/s:Manjadda Wa Jadda,Sesiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya.
      Rezeki itu ada dimana-mana.Hanya kita perlu mencari dan manfaatkannya.


Ahad, 17 Jun 2012

Cikgu nak tahu sesuatu tak....

Assalamualaikum.w.b.t....


Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w,untuk segala nikmat dan kemudahan yang ditinggalkan buat kita sebagai umatnya.Diam tak diam tidak berapa lama lagi kita akan sampai ke bulan Ramadhan,masa begitu pantas meninggalkan kita,MasyaALLAH..sudah cukup lengkapkah amalan kita saat ini??,masih banyak juga yang belum dipersiapkan untuk bekalan bertemu MU YA ALLAH..subhanallah,semoga kita sama-sama persiapkan diri untuk segala amalan yang mampu dilakukan selagi berkesempatan.


Seperti kebiasaannya,saya bersama anak didik tersayang menelaah pelajaran bersama-sama.Semenjak memulakan tugasan baru ini,saya banyak belajar erti kesabaran terhadap anak-anak kecil dan remaja.Keduanya adalah golongan yang masih belum memahami dan masih mempelajari erti kehidupan dan membuatkan saya perlu mengkaji setiap dari pemikiran dan tahap pemahaman mereka.


Dan lewat hari ini,salah seorang anak didik saya,cukup membuatkan saya geli hati mendengar celotehnya.Saya selalu memanggilnya Aleeya,Leeya,Cik adik dan macam-macam lagi panggilan gurauan manja bila dia telah memulakan aksi nakalnya ataupun buat silap pada soalan yang dijawabnya.Usianya baru sahaja 9 tahun bererti di Darjah tiga sekolah rendah,kulitnya putih gebu dan menyebabkan saya suka mencubit pipinya yang halus mulus.Pada minggu ini seperti yang telah kita ketahui,genap seminggu sesi persekolahan bermula dan bermulalah penggal kedua pelajaran di sekolah tapi sebelum itu keputusan ujian pertengahan tahun juga turut diumumkan oleh pihak sekolah.


Dan Si kecil ni,saya suka gelar dia `si budak kecik` sebab memang comel dan manja,sibuk bercerita pada saya tentang setiap inci peristiwa yang dilaluinya disekolah.Maklumlah saya hanya berjumpa dia seminggu sekali sahaja rindu dekat sayalah tu kan.=) Baru sahaja saya melangkah masuk ke bilik,dan belum sempat berbuat apa-apa dia sudah memulakan ceriteranya yang saya jadikan dialog agar memudahkan proses bacaan para pembaca :


Aleeya : Cikgu,cikgu nak tahu sesuatu tak??ada beberapa perkara yang saya nak ceritakan pada cikgu ni.
              Lebih kurang ada 4 perkara tau.Cikgu jangan gelak


Saya :(Dalam hati :pandai jugak budak kecik ni guna perkataan `beberapa` perkara tu ek,bijak-bijak hehhe sambil gelak dalam hati.)


Aleeya : Yang pertama kan,kawan saya ada cerita kat saya die nampak sesuatu kat sekolah,dia nampak sesuatu kt bdn kawan saya,dia nampak setan,warna die merah.Saya pun jadi takut nak pergi tandas,cikgu kat sekolah pun pesan supaya pergi tandas berdua,jangan sorang-sorang.Kat sekolah kitorang tu kan memang bekas tapak kubur lama sebab tu la macam tu.


Saya :Layeke???Oic..(sejarah mane la kawan dia cerita ni huhu iyekan ajelah,beria-ia dia cerita takkan nak condemnkan dia pulakkan kan,layankan aje laaa)


Aleeya :Lepas tu kan cikgu,yang kedua kan kawan saya nak kenenkan saya dengan kawan abang dia tahun 6,huhuuu sebab kawan saya kata dia suka tengok saya dengan kawan abang dia tu,da lame da...


Saya :E berangaaannn je la budak kecik sorang ni yerrr....tahun 6???Besarnyerrr...Awak tu da la ketot jerrr..


Aleeya :Dia yang cakap bukan saya,ok ok yang ketiga kan cikgu nanti saya nak makan aiskrem Cornetto mini mak saya beli.comel je.Tak sabar nak makan.


Saya :Mak aihhh...kelas baru nak mula...


Aleeya : Yang last sekali,nanti kakak saya nak bagi saya hadiah sebab saya dapat nombor yang ok kat dalam kelas,cuba cikgu teka saya dapat nombor berapa??Teka la cikgu...


Saya: Ha??hadiah??nombor bila??Periksa baru ni??..Oic...ermmmm...nombor 10?..oo bukan..ermmm...Ha nombor 5??


Aleeya:Nombor 5??Betollll...saya dapat nombor 5 dalam kelas,cikgu cakap nanti mungkin saya dapat naik kelas.Huhuu..


Saya :Alhamdulillah yeke??waaa gu0ood..macam tu la bdk rajin dan pandai,nanti dapatkan nombor yang lebih baik k...


Itulah antara perbualan saya dengan dia,pada hari ini,akhirnya,sebelum ini dia mempunyai masalah dalam subjek matematik kebetulan saya mengajar dia untuk subjek tersebut akhirnya dia dapat meningkatkan keputusan ujian dia kali ini,betul kata orang muda-muda senang untuk diajar dan dia akan mudah untuk terima berbanding yang di usia remaja,mereka lebih berahsia dan malu untuk bertanya.Kini saya sedang berusaha untuk meningkatkan keputusan anak didik remaja saya pula,sedih saya kerana saya tidak dapat mendidik mereka sedari awal dan kini banyak yang mereka tertinggal dan tidak faham untuk bahan asas pelajaran.Antara perkara yang meresahkan saya juga adalah anak didik saya kebanyakannya mempunyai masalah dalam penguasaaan bahasa Inggeris,menyebabkan mereka takut dan tidak yakin untuk menjawab soalan.Saya berharap sangat dapat membantu mereka menghadapi peperiksaan nanti,semoga dimudahkan urusan saya oleh ALLAH s.w.t untuk projek ilmu ini.


p/s :Sayangkan anak didik di rotan-rotankan,sayangkan ilmu di kongsi-kongsikan.



Selasa, 12 Jun 2012

INSAN ISTIMEWA

Assalamualaikum.w.b.t...

Salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh para blogger dan pembaca yang dihormati,alhamdulillah dikesempatan ini masih lagi kita diberi peluang oleh yang maha Esa untuk berfikir dan merenung setiap dari yang  berlaku dalam hidup kita.dan tanpa kita sedari masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita semua.


       Dan pada hari ini,dimasa ini,di waktu saya menulis artikel ini,saya baru saya melewati perasaan sedih yang tiba-tiba sahaja menerjah ke jiwa saya tatkala berbaringan bersama ibu saya.Serasa suatu perasaan hiba ketika saya memeluk erat ibu saya di pembaringan.Memang menjadi kebiasaan,saya akan memeluk ibu saya ditempat tidurnya 5 minit sebelum saya masuk tidur dibilik saya.Bermula dari sekali sekala namun lama kelamaan sudah menjadi hobi saya.Apa yang membuat saya hiba ialah saya terfikir,saya masih mampu memeluknya pada hari ini,tapi dimasa ketiadaannya nanti bagaimana pula saya pada waktu itu,pada siapa harus saya lepaskan pelukan erat itu.Ya ALLAH baru ku sedar besar sungguh nikmat kurniaan MU ya ALLAH...


      Itulah apa yang saya rasa pada ketika ini,melayani perasaan sayu pilu bagaimana agaknya diri saya berhadapan  waktu itu,sungguh meresahkan mudah-mudahan ALLAH permudahkan urusan saya pada dugaan itu nanti.Aminn..Sesungguhnya hidup dan mati saya hanya untuk ALLAH s.w.t dan dua insan yang amat saya kasihi dunia akhirat iaitu kedua ibu bapa saya,saya sanggup tinggalkan segalanya untuk mereka biarpun terpaksa berkorban diri sendiri tanpa mereka siapalah saya didunia yang fana ini.Saya juga kerap merenung hidup saya,tapi apa yang saya dapati ialah kekuatan saya ada pada kedua ibu bapa saya mereka pembakar semangat saya dikala saya hampir tewas lemas dalam percaturan hidup ini,bukan pada kawan,teman lelaki,teman wanita,saudara mara ataupun adik beradik sendiri maka benarlah seperti yang selalu kita diberitahu melalui hadis,kunci kebahagiaan terletak pada redha kedua ibu bapa kita,jika mereka redha maka hidup kita juga tenang dan aman.Masya ALLAH besar sungguh nikmat ALLAH pada kita semua.Semoga kita sentiasa mensyukuri dan menghargai nikmat yang tidak ternilai harganya ini.


        Sebab itu jugalah setiap apa yang saya lakukan saya sering meminta pandangan mereka kerana bagi saya mereka lebih arif tentang selok belok kehidupan dan kami juga bukan berasal dari keluarga yang berada tapi kami masih mampu untuk hidup bahagia.Itu juga sudah cukup.Ibu bapa saya juga tidak membekalkan wang ringgit berjuta-juta dan harta yang menggunung tingginya pada saya untuk bersama mereka tapi saya sendiri ingin bersama mereka dan menjaga mereka selagi hayat dikandung badan jika diizinkan ALLAH s.w.t.Bukan bermaksud mahu bermegah namun cuma ingin berkongsi rasa bersama para pembaca sekalian kerana kita juga sama-sama punya ibu dan bapa.


  Sudah jauh saya berjalan,sudah banyak juga ranjau berduri yang telah saya tempuhi,namun kedua insan ini masih juga ada bersama saya,patutkah saya meninggalkan,mengabaikan dan menafikan hak mereka untuk setiap yang saya kejar dalam hidup ini??Saya pasti para pembaca juga mempunyai jawapan tersendiri untuk soalan tersebut.Dan saya memilih untuk berlaku adil antara hidup saya dan juga buat kedua insan yang saya kasihi ini,Dan jika mereka mampu bersabar dan menemani saya sehingga usia saya kini dan saya memohon pada ALLAH s.w.t supaya memberi saya sabar yang lebih banyak dari sabar yang kedua insan ini berikan untuk saya dan mampu menemani mereka juga hingga ke saat-saat terakhir.


       Pernah juga suatu ketika saya menanyakan soal pilihan hati,ada insan-insan yang datang melewati jiwa saya,dan memberikan harapan untuk bersama,namun atas nasihat dan permintaan kedua ibu bapa saya juga,kata mereka ingin melihat saya membina kehidupan saya terlebih dahulu dan tidak mahu melihat saya terbeban dengan masa usia muda dan tanggungjawab,pada mulanya agak susah juga ingin menerima hakikat itu,namun akhirnya saya akur dan redha menerima pendapat keduanya dan kini,segala kekecewaan itu juga telah terubat bila kebenaran kata-kata kedua insan ini benar-benar terbukti.Alhamdulillah benar seperti ungkapan yang kita sedia maklum,dengan kesabaran kebenaran akan terbukti juga.


      Dari situ juga saya dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh kedua ibu bapa saya,supaya lebih bersabar dalam menempuh kehidupan ini dan tidak membuat keputusan terburu-buru disamping mempunyai perancangan yang teratur untuk urusan hidup saya,lagi banyak kita bersabar lagi banyak juga pilihan yang lebih baik yang akan kita temui.Ajaib bukan,pengalaman ini membuatkan saya begitu tenang melayari hidup saya kini dan bahagianya sudah mampu saya rasakan kala ini.Alhamdulillah,syukur pada ALLAH diatas segala rasa yang diciptakan.


     Kini saya benar-benar bahagia dengan kurniaan ini,dengan hadirnya kedua insan yang sangat saya cintai ini membuatkan saya begitu optimis untuk mengejar cita-cita dan membakar semangat saya untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan.Semoga ALLAH s.w.t memudahkan urusan setiap dari kita di dunia mahupun di akhirat.


p/s buat para sahabat yang dikasihi : Semoga kita menghargai setiap apa jua yang hadir didepan mata,andai ia telah tiada paling tidak kita telah membuatnya bahagia sebelumnya.


Wassalam..