~cahaya cinta~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Counter~

Rabu, 23 Mei 2012

Manusia dan Ego tidak dapat dipisahkan

Assalamualaikum.w.b.t......


Alhamdulillah pada hari ini saya masih diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk melontarkan pandangan dan juga idea-idea penulisan saya di ruangan ini.Cuba bayangkan seandainya kita sudah tidak mampu lagi untuk menggunakan akal,jiwa, minda dan fizikal untuk berfikir,melakukan rutin harian dan menjadi insan yang lemah dan tidak berdaya tanpa rahmat dari Allah yang maha esa ini semestinya kita juga tidak pernah tahu apa erti nikmat ini buat kita bukan.Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH yang tiada tandingannya.


    Dan pada hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua,tentang topik yang sentiasa menyelubungi hidup kita seharian baik yang  muda atau pun yang tua,kecil besar,miskin kaya,perasaan ini sentiasa menyelubungi jiwa kita tidak kira masa,tempat dan keadaannya.


  Ini adalah berkenaan manusia dan ego,ya EGO..kenapa topik ini agak menarik untuk saya kongsikan disini ya???topik ini menarik kerana kita boleh melihat ego ini dimana-mana juga kita berada,baik pada diri sendiri,ditempat kerja,dirumah dan dimana juga mata kita melihat disitu juga ada ego.Pelik bukan???Bagi sesiapa yang gemar memerhati keadaan disekeliling mereka,pasti boleh perasan dengan perkara ini,pada yang tidak dan masih belum perasan,lepas ini bolehlah cuba untuk memerhatikan perkara ini ya,kadangkala ia menjadi satu hobi yang menarik untuk kita lakukan.Baiklah berbalik kepada topik diatas,ego boleh dikatakan suatu perasaan untuk mempertahankan diri yang kadangkala jika keterlaluan boleh merosakkan perhubungan sesama manusia jika tidak dikawal dengan bijaksana.


   Kita seringkali mendengar perkataan ini tapi adakah kita betul-betul memahami ertinya yang sebenarnya???Jadi sama-samalah kita memahami maksud ego ini sebaik mungkin.Sikap ego itu adalahh fitrah tapi janganlah pula melampaui batas kerana jika keterlaluan orang disekeliling pula akan rasa menyampah dan tidak mahu bekerjasama dengan kita dan ada juga yang anti dan membataskan diri dari berkawan dengan kita.Ada kisah juga disebalik topik ini sebenarnya,kisahnya bermula apabila seseorang ini diberi tugasan untuk 'public speaking' maka tibalah hari untuk tugasan ini dilaksanakan.Semuanya didalam keadaan baik sehinggalah tajuk kepada program ini dilontarkan.Baru sahaja memulakan sepatah dua kata kemudian adalah pula suara-suara sumbang yang bercakap-cakap saat itu.Si empunya slot juga turut berbicara dalam hati,"Hai siapa yang nak buat present ni???banyak pulak cekadak diorang ni nak komplen komplen pasal topik ni,sabar aje lahhh"...lagipun pada masa presentasi dijalankan ada dikalangan kumpulan ini yang telah pun berada dalam lingkungan usia emas,maka si presentasi terpaksa mengalah dan bersabar untuk menerima setiap suara-suara sumbang dan pendapat yang lebih dilontarkan oleh mereka dari si presentasi yang merupakan empunya slot tersebut.


   Tergelak besar saya saat itu yang turut berada dalam slot tersebut,jadi saya harap anda faham dengan penceritaan diatas,jadi dari situlah mulanya saya mendapat idea untuk menghasilkan penulisan saya pada hari ini.Logik dan diterima akal bukan???Usia memainkan peranan yang cukup besar dalam hal ini kerana si presentasi hanya berusia setahun jagung sahaja umurnya berbanding si mereka yang si suara sumbang.Bukankah ego disini agak tepat saya maksudkan???Bahkan si presentasi hanya diberikan tugas dan dia hanya menjalankan tugasnya disitu bukan untuk dikritik tapi diberi peluang untuk bercakap dalam program itu.Yang berusia emas tidak mahu mengalah disitu dengan mengatakan bahawa mereka lebih arif tentang topik tersebut.


   Ramai juga diantara kita yang tidak mahu menerima pendapat mereka yang lebih muda dan mempertikaikan kebolehan mereka.Jadi bagaimana kita semua ingin mendapatkan penghormatan dari mereka yang lebih muda sedangkan  kita sendiri tidak menghormati mereka.Sepatutnya si suara sumbang lebih arif dalam hal ini kerana itu adalah slot 'public speaking' dan tidak perlu untuk membantah dan memberikan pendapat kerana itu bukan sesi berdiskusi tambahan si presentasi tidak diberi peluang sewajarnya untuk meneruskan topiknya.Sangat tidak adil bukan????Dimanakah letaknya hak kebebasan untuk menerima pendapat orang lain jika kita hanya berpegang dengan pendapat kita sahaja.


   Tidak mendengar terlebih dahulu penjelasan tetapi terus-terus sahaja membantah??adakah itu yang kita perlu jadikan contoh kepada anak muda kita???Tidak sama sekali.Disini saya tidak menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini.tetapi adalah amat perlu kena dengan tempat dan masanya ego itu ditunjukkan.Dalam hal ini saya amat menghormati si presentasi kerana dia tidak sikit pun membantah si suara sumbang ini bahkan menerima pendapatnya dengan hati yang terbuka kerana tidak mahu memalukan pihak si suara sumbang tetapi rela dimalukan oleh si suara sumbang.Itulah sahaja yang mampu dilakukan si presentasi tadi,jika saya ditempatnya mungkin saya sendiri akan berkata sesuatu yang akan menutup mulut si suara sumbang itu dari terus berkata-kata dan menghormati saya didepannya.


   Konklusinya disini,tidak kira siapa pun kita,perlulah sentiasa buat diri sendiri dan juga orang lain rasa dihormati.Jangan hanya memikirkan ego sendiri sahaja yang mana akan memalukan diri sendiri di kemudian hari.Ibarat kata pepatah,yang muda disayangi yang tua dihormati.Kurangkan EGO lebihkan menghormati insyaALLAH jiwa tenang.


p/s:Ego hanya memakan diri tapi kalau beli ego yang motosikal tu comel dan lebih banyak kegunaan dan kelebihannya..Pilih antara dua ok =) jangan salah buat pilihan ye..

   

Ahad, 20 Mei 2012

MENTALITI POSITIF MENJANA AURA KEJAYAAN


Best dengar lirik lagu ni....sangat positif =) maka kita perlu hidup dikalangan orang-orang yang positif baru hidup ada peningkatan dan kemajuan dari semasa ke semasa...sama-sama kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik walaupun dipermulaan kita adalah insan yang naif,kosong,lemah dan tidak punya apa-apa,tapi demi masa kita mampu untuk mencapainya.Ya ALLAH permudahkan segala urusan kami didunia juga di akhirat....... 
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang
P/S:kita yang berhak untuk menentukan hidup kita dimana kita berada dan siapa kita sebenarnya...Biar dikeji dan dihina kerana itulah juadah santapan minda sebelum kita berjaya....

Sabtu, 19 Mei 2012

Melayu Mudah Lupa

Assalamualaikum.w.b.t...



Buat semua para blogger yang dihargai.....semoga dalam redha ilahi selalu hendaknya...Hari ini saya tergerak hati untuk menulis berkaitan dengan perihal hati manusia didunia akhir zaman kini,seperti yang kita pernah dengar tajuk kepada sajak mantan perdana menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamad  iaitu MELAYU MUDAH LUPA,saya amat mengakui apa yang dicoretkan oleh beliau adalah tepat dan benar sekali.


       Dari apa yang kerap kali kita perhatikan,segenap masyarakat kita pada hari ini memiliki sikap ini yang mampu memusnahkan perpaduan masyarakat dinegara kita.Cukup jikalau kita perhatikan dari sudut perniagaan sehinggalah kerumah ada sahaja yang tidak kena dengan masyarakat melayu kita pada hari ini.Bukan bermaksud saya ingin mengkritik tapi itulah hakikat yang terpaksa kita akui kebenarannya.


      Ditambah pula  baru-baru ini saya terjumpa seorang teman yang pernah bekerja satu tempat dengan saya suatu masa dahulu dan kami sempat berbual mengenai perihal hidup masing-masing.Dari dulu lagi rakan-rakan disekeliling tidak suka dengan teman saya ini dan ada sahaja yang cuba menjatuhkan dia tapi dia hanya berdiam diri dan tabah hati menerima semua ujian itu.Dia seorang yang baik dan suka tersenyum walaupun dirundung masalah,dukacita ataupun dalam waktu senang.Belum pernah lagi saya melihat dia dalam keadaan resah dan gelisah oleh sebab itu juga orang-orang disekelilingnya berasa tercabar dan tidak puas hati dengan kebaikan yang dimilikinya.Sesungguhnya dia sangat tabah,saya kagum dengan dia.Bila ditanya,dia hanya senyum tanda malu,katanya ujian ALLAH tak pernah putus,suka duka,kaya miskin,bujang berkahwin,tua muda semuanya diuji.Maka berlapang dadalah untuk menghadapinya.Sejuk hati saya mendengar jawapannya,semoga ALLAH merahmati dia.


      Itulah serba sedikit kisah yang saya ingin sampaikan kepada semua,pelikkan,walau kita baik macamana sekalipun orang tetap mempertikaikan kebaikan kita,sungguh tidak pandai menilai manusia-manusia zaman moden kini,Walaupun ada diantaranya berpelajaran tinggi tapi pemikiran cukup cetek dan bersikap biadap.Tapi hakikat ini perlu kita terima dengan hati terbuka,kalau seorang dikalangan kita tidak suka tentang kita ada lebih berjuta orang didunia ni yang sukakan kita dan ingin berkawan dengan kita,hidup mati kita bukan mereka yang tidak suka ini yang menentukan tapi  ALLAH yang menetapkan.Manusia yang berhati kotor dan berniat yang tidak baik terhadap kita tidak akan senang juga hidupnya selain dari menerima balasan dari ALLAH dan ketidak tenteraman dalam hidupnya.


    Apa guna jika kita hanya melihat tentang kesilapan orang lain dan menceritakan keburukan mereka sahaja tanpa menilai diri kita sendiri???adakah kita terlalu sempurna dalam semua hal sehingga tiada sekelumit kesalahan pun yang pernah kita lakukan???mereka yang tidak mangakui kesalahan mereka dan sentiasa menuding jari kepada orang lain dan tidak senang apabila sahabat mereka lebih dan senang dari mereka adalah mereka yang tewas dan tidak berkeyakinan dengan diri mereka sendiri ini termasuk juga dengan mereka yang suka menjaga tepi kain orang lain,tidakkah itu dianggap menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah???Alangkah baik kalau kita sibukkan diri kita dengan mencari tip-tip atau panduan untuk menenangkan jiwa yang gelisah ataupun mencari ilmu-ilmu yang berguna buat santapan minda.Seperti yang saya tulis dari awal tadi,masyarakat melayu kita kini masih ditakuk lama dan tidak maju ke hadapan,mereka hanya mengundur ke belakang tiada kemajuan.Kalau bermasalah,ibarat macam dia seorang sahaja yang bermasalah dan pentingkan diri sendiri.Tolong sahabat ku bangun dari tidurmu dan perjuangkanlah jiwa anda,majukanlah diri anda,ubatilah jiwa anda,cegahlah ia sebaik mungkin sebelum terlambat.


      Mereka yang berjaya adalah mereka yang membina keyakinan dalam diri sendiri dan berani melakukan pembaharuan serta sanggup menerima setiap kritikan bukan hanya mengkritik orang lain sahaja disamping tidak suka menjaga perihal orang lain.Itulah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya contohnya tokoh-tokoh sejarah dinegara kita dan mereka hanya mampu memekakkan telinga mereka dari pelbagai hinaan cacian dan kejian dari masyarakat walaupun perit dijiwa.Hanya mereka yang belajar dan menghayati sejarah mereka akan tahu betapa berharganya sebuah perjuangan itu.Maka kita???pertahankanlah perjuangan itu sebaik mungkin dengan bijaksana.


   Cukuplah dulu sahaja kita menjadi bangsa yang ditindas dan dipijak,jangan kini pula kita masih dipijak oleh perasaan hasad dengki jiwa kita kepada bangsa kita sendiri.Tidak kira siapapun kita bertindaklah dengan lebih bijak.


p/s buat semua: Jadilah manusia bijak yang pandai menilai diri sendiri dari menjadi manusia yang pandai dan bijak dengan menjatuhkan orang lain.

Rabu, 16 Mei 2012

Dari sahabat untuk sahabat



Kerana kita manusia ciptaan ALLAH



Assalamualaikum.w.b.t buat warga blogger gmail dan para pembaca yang membaca,terbaca dan terlepas ke ruangan artikel ini  ditulis,maaf sekiranya terdapat kata-kata atau kesalahan penggunaan ayat dan juga perkataan ye...semoga saudara mahupun saudari sentiasa berada dalam keadaan mode yang bahagia dan ceria selalu...insyaALLAH pintu bahagia sentiasa mengiringi disetiap langkah kita yang penting kita perlu mencari dimana letaknya kunci untuk mendapatkan bahagia itu...
Kunci yang paling utamauntuk mendapatkannya adalahsabar walaupun terpaksa berkorban untuk melihat orang lain bahagia,diharapkan insan-insan yang telah dan masih diberi peluang untuk merasai kebahagiaan itu menghargai setiap kurniaan ALLAH itu..tiada satu pun dari nya yang memungkinkan melainkan dari ALLAH.....

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah yang mungkin kita kerap kali dan berulang kali kita mendengarnya,cerita ini telah diceritakan oleh seorang sahabat yang sangat dekat dengan diri saya dan saya menulis disini khas buat paparan para blogger yang dikasihi untuk dijadikan pengajaran dan berkongsi pengalaman.


           "MANUSIA ITU TIDAK AKAN DIAKUI KEIMANANNYA KEPADA ALLAH SELAGI DIA TIDAK DIUJI"

 Permulaan cerita ini dimulai saat pertemuan dua orang sahabat yang berlainan jantina yang dipisahkan oleh ruang waktu dan takdir ilahi.Dan kerana takdir ilahi juga telah menemukan mereka semula.Alangkah gembiranya jiwa dua sahabat ini diatas pertemuan ini dan persahabatan kini terjalin kembali.Sesungguhnya mereka ini sememangnya sahabat kerana boleh bertukar-tukar pendapat dan mampu untuk memahami diantara satu sama lain namun setelah melalui detik detik itu,perasaan juga turut bertukar rasa seperti zaman yang berubah, berubah kepada sesuatu yang lebih istimewa,namun disebabkan status hanya hati sahaja yang berbicara dan tersimpan di lubuk hati..Ya dunia mereka berbeza.Perasaan yang tidak mampu dijelaskan melalui kata-kata hanya dipendamkan sahaja.


Namun dua sahabat ini tetap kuat dan tabah hati untuk mengalah dan berkorban untuk kebahagiaan orang lain walaupun terpaksa berkorban hati dan perasaan mereka sendiri untuk sekali lagi.Kerana mereka sentiasa memahami jiwa dan kehidupan masing-masing dan menerima takdir ini seadanya walaupun perit untuk menerimanya.Dikuatkan lagi dengan istilah mencintai tidak semestinya memiliki cukup untuk kita tahu mereka bahagia dan itu sudah cukup membuat kita bahagia..ini bermaksud mereka lebih menyayangi antara satu sama lain dan tidak mahu menyakiti hati sesiapa pun kerana cinta mereka begitulah takdir yang diharungi oleh dua sahabat ini.Mereka tidak bodoh dan tamak untuk tidak berfikir dengan waras untuk hubungan mereka maka mereka telah sekali lagi membuat keputusan dan kata sepakat supaya  persahabatan ini dijarakkan dan mereka tidak pernah berhasrat memutuskannya,hanya jarak sahaja memisahkan namun dihati mereka masih bersahabat.Hanya doa dipohon buat sahabat supaya sentiasa sabar dan bahagia menjalani kehidupan didunia dan akhirat.


                                       "ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERSABAR"


Dan kini mereka begitu bahagia sekali melayari kehidupan masing masing bersama insan-insan yang dikasihi untuk keputusan yang telah dipersetujui bersama dan tiada sekelumit dendam pun dijiwa mereka inilah model persahabatan yang dicari didunia ini..sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku..

Konklusinya disini ialah kita perlu memberi sokongan antara satu sama lain dan menjauhi perasaan dan jiwa-jiwa negatif.Untuk berjaya kita perlu menawan amarah diri kita supaya tidak menguasai diri kita dan membuat keputusan yang tidak tepat.Cinta seorang sahabat itu begitu indah dan beruntunglah kepada mereka yang memiliki cinta ini.Alhamdulillah....dan cinta kepada ALLAH itu lebih bahagia dan berharga untuk dimiliki berbanding cinta manusia...





                                                             Terima kasih ALLAH....


* P/S : BUAT PARA SAHABAT TERIMA KASIH DAN HANYA DOA YANG MAMPU KU KIRIMKAN BUATMU