~cahaya cinta~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Counter~

Khamis, 30 Ogos 2012

31 OGOS 2012




~ MERDEKA RAYA ~







 Merdeka, merdeka dan terus merdeka.....




Assalamualaikum w.b.t,saya ucapkan kepada seleuruh para blogger dan juga pembaca yang sempat menjengah laman blog saya yang tidak seberapa ini.Sudah agak lama rasanya blog ini tidak diupdate dengan berita-berita terkini dari saya.Dan disebabkan tarikh hari ini yang sangat istimewa buat seluruh rakyat Malaysia,saya menggunakan kesempatan ini juga untuk mengucapkan selamat hari merdeka dan salam aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua.Alhamdulillah pada tahun ini kita masih lagi berkesempatan untuk meraikan  kemerdekaan buat kali yang ke-55.Sungguh cepat masa berlalu sudah setengah abad kita memperolehi kemerdekaan.Alhamdulillah ya ALLAH,kerana masih memeberi nikmat pada kami dibumi ini untuk merasa nikmat kebebasan dan dilahirkan dibumi bertuah Malaysia ini.


Pada hari ini juga sekaligus topik yang akan saya ketengahkan adalah mengenai konsep merdeka.Sepertimana yang kita ketahui,kemerdekaan adalah lambang kebebasan dan keamanan yang dikecapi di negara ini TAPI !!!! adakah minda kita semua juga benar-benar merdeka???Tanya diri anda.Pasti subjektif jawapannya.Bagi saya Malaysia memang sudah merdeka tapi rakyatnya sahaja yang belum.Barangkali ramai yang tidak faham akan maksud ayat yang saya coretkan diatas.Mungkin saya boleh terangkan disini mengapa saya berkata demikian,ini pendapat dimata saya untuk rakyat Malaysia.

Jika kita melihat pada mata kasarnya,ya..Kita semua dilahirkan dizaman yang bertuah sudah merdeka.Tapi cuba kita perhatiikan pula anak-anak atau adik-adik kita pada hari ini.Apa erti merdeka pada zaman ini???Mungkin ada yang mempunyai jawapan yang cukup cemerlang kerana dibekalkan skrip yang bermutu oleh pihak sekolah atau ibubapa sebelum siaran iklan di televisyen dijalankan,tapi kebanyakan hanya tahu pergi berkumpul berhimpit-himpit bersesak-sesak menjayakan hari sambutan jadi sambutan kemerdekaan sudah jadi sambutan berpacaran di Malaysia.Saya tidak menyalahkan aktiviti majlis sambutan yang diadakan tapi penghayatan dari anak muda zaman kini adalah tidak seperti apa yang kita fikirkan.Renung-renungkanlah.

Lebih membimbangkan gejala sosial zaman kini yang semakin sukar dibendung.Sebab itu saya katakan minda kita belum cukup merdeka.Kita juga dibekalkan dengan peralatan yang canggih-manggih  ada internet,jalur lebar,tanpa wayar,dengan wayar,dengan telefon mudah alih tetapi generasi muda kita yang masih bersekolah  hanya tahu laman facebook,twitter dan youtube yang menguntungkan pihak luar yang mencipta,yang mana kini sudah bergelar jutawan.Laman lain seakan tidak bererti dari laman-laman ini,kadang kala saya perhatikan update-update nye juga agak mengejut dan membimbangkan.Lebih-lebih lagi dengan penggunaan bahasa-bahasa rojak dan direka sendiri,saya turut terfikir macamana pula negara ini 20 tahun akan datang.Saya sendiri takut dengan perkembangan ini yang semakin lama semakin mengancam pembelajaran anak-anak muda kini.Saya tidak membuat andaian yang tidak berasas,ini adalah kebenaran.Cukup saya bertanya pada anak didik saya,sumuanya mereka handal,malah lebih handal dari saya lagi,cukup canggih peralatan yang diberikan oleh pihak ibu bapa,tapi keputusan peperiksaan  mereka sangat menghampakan.Adakah ini yang kita mahu banggakan???Tidak sama sekali.

Saya tidak menyalahkan kewujudan internet,tapi saya menyalahkan cara penggunaan kemudahan internet yang disalah gunakan generasi masa kini.Kadangkala saya geli hati melihat anak muda zaman ini,yang sentiasa mengupdate cerita-cerita atau gambar-gambar sensasi diri mereka di facebook dan  terlampau taksub dengan teknologi ini yang kadang-kadang seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk,menayang-nayang kepada masyarakat.Saya berasa amat marah kerana generasi muda dinegara saya dipermainkan oleh pihak-pihak luar yang menggalakkan hiburan seperti ini.Saya sangat hampa sebenarnya sebagai seorang yang bergelar guru.Tapi apalah yang mampu kita lakukan,hanya doa kita pohonkan agar terbela nasib anak bangsa kita di masa akan datang.Semoga mereka sedar hakikat ini.

P/S:Hidup perlu ada wawasan,baru ada sasaran masa depan.




PERAK DARUL RIDZUAN