~cahaya cinta~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Counter~

Jumaat, 20 September 2013

Kehebatan Cinta dan Takdir ALLAH s.w.t

Assalamualaikum.w.b.t..

Hai para sahabat dan pembaca-pembaca blog yang lama dan juga yang baru, bertemu lagi diruangan kali ini dengan tajuk yang lebih segar dan berharap agar penceritaannya juga agak padat dan mampu memberi motivasi kepada sesiapa sahaja yang melewatinya.




Berbalik kepada tujuan asal penulisan disini permulaannya,saya adalah insan yang naif mengenai isi-isi serta tajuk yang ingin dibentangkan.Namun sejajar dengan kedewasaan diri dan masa,akhirnya ada banyak topik yang dapat disampaikan dengan lebih tulus dan mulus.Tidak dinafikan saya merupakan seorang pencinta bahasa bunyinya seakan saya boleh mengarang lirik lagu dan juga puisi selepas ini nanti. :-) alhamdulillah ilmu kurniaan ALLAH ini terlalu banyak cabangnya jadi jangan pernah lupa untuk mempelajarinya.





Menjurus kepada tajuk diatas,ada begitu banyak cerita yang ingin saya sampaikan buat para pembaca.Begitu banyaknya ujian dan cabaran yang ALLAH datangkan pada diri kita,namun DIA tidak pernah lupa untuk menghadiahkan sebuah senyuman yang begitu bernilai dan bermakna buat kita.Baru-baru ini juga ada begitu banyak cabaran dan ujian yang perlu diharungi,namun dihati kita tetap perlu meyakini bahawa ALLAH sedang menguji kita sebagai hambaNYA sama ada sabar,putus asa,atau terus berusaha.Benar seperti yang dinyatakan dalam hadis,kehidupan manusia didunia adalah bertujuan memperhambakan diri kepada ALLAH s.w.t ,disamping mempersiapkan diri menghadapi ujian untuk setiap fasa kehidupan.





Dari waktu didalam perut ibu sebelum waktu kelahiran,perjanjian kita dengan ALLAH s.w.t untuk memperhambakan diri kepadaNYA ketika waktu didunia,sewaktu kelahiran kita didunia kita diazankan, didedahkan dengan cara-cara menghadapi dunia dunia dan persiapan dunia akhirat,sehingga menghampiri dunia dewasa setelah fikiran sudah cukup matang berfikir kita didampingi oleh segenap ujian didunia yang menentukan saham kita diakhirat.Betapa hebatnya cinta dan takdir ALLAH s.w.t.Ujian dalam kehidupan juga bermacam-macam segalanya melibatkan manusia dan bagaimana kita menghadapainya.Berbekalkan D.U.IT.iaitu DOA,USAHA,IKHTIAR DAN TAWAKAL kepada ALLAH s.w.t, kita perlu melangkah dengan penuh yakin berjalan menuju cinta NYA.Diakui perjalanan itu sememangnya dipenuhi oleh onak duri serta ranjau yang berliku,dugaannya setinggi gunung yang menghalang pandangan mata ,godaannya ibarat ribut yang menenggelamkan iman,keindahannya mempesonakan ibarat intan berlian jika kita kuat kitalah yang menguasainya,jika kita lemah kita pula menjadi mangsanya.





Semoga sahaja kita mampu memperluas ilmu ALLAH S.W.T supaya kita mampu memilih jalan-jalan serta keputusan terbaik untuk kita ambil dan bergantung kepada satu-satunya Robb kita yang menetapkan takdir perjalanan kita.Sebaik atau sejahat mana pun kita,ALLAH s.w.t telah mempersiapkan aturcara buat kita di Lauh Mahfuz.Baik atau jahatnya kita bukan mata manusia yang menentukan,tapi ALLAH s.w.t. yang maha adil menentukan.Mudah dan Islam itu indah.Agama itu penuntun hati,penajam akal dan pengasah kebijaksanaan berfikir.Bersyukur kerana kita dilahirkan beragama Islam.Namun rugi jika kita Islam hanya pada nama.Mari kita sama-sama teruskan perjalanan kita untuk terus belajar mengenal ilmu ALLAH yang pelbagai kelak jiwa kita lebih tenang dan tenteram.





 P/s : Janji ALLAH itu pasti,dugaan ALLAH itu penguji kesabaran,kesakitan hati itu penjana kekuatan jiwa,dan ketakwaan iman itu penyuluh perjalanan.

Selasa, 16 Julai 2013

CINTA ; dari DIA kita milikinya dan kepada DIA juga kita melepaskannya

Assalamualaikum w.b.t 

Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam diserata dunia yang sedang menjalani ibadah puasa.Semoga jiwa kita lebih tenang dan tabah mengharungi bulan yang penuh berkat ini.Dikala ini masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita yang terkapai-kapai mencari haluan hidup masing-masing.Serasa benar seperti bicara yang selalu kita dengar masa begitu mencemburui hidup kita didunia.Ajal pula sentiasa menunggu-nungu waktunya menjemput kita.Semoga penulisan disini adalah yang terbaik yang dapat saya berikan kepada insan-insan yang melewati pena hati saya sebelum diri ini tidak lagi mampu untuk melaksanakan tugasan penting ini.

Masa demi masa berlalu,

Rasa demi rasa berlalu,

Luka demi luka berlalu 

Bahagia demi bahagia berlalu

dan

 Kenangan demi kenangan berlalu 

Begitu indahnya dunia yang hanya sekadar pinjaman sementara;semoga sahaja kita tidak terpesona dengan keindahan dunia melebihi pesona keindahan dunia sebenar kita,dunia akhirat.Apa yang kita rasa kini juga tidak sama seperti apa yang kita rasa sebelumnya. Saya menyatakannya berdasarkan pengalaman juga,ya pengalaman kita semua.Sengaja saya tidak memadamkan segala coretan-coretan lama saya di blog ini kerana saya dapat merasakan perbezaannya.Perubahan yang sangat bererti buat saya.Terima kasih juga saya ucapkan pada seorang hamba ALLAH ini yang meminta saya menulis dengan lebih jelas terang dan tiada lagi penggunaan ayat-ayat sms,ini yang telah menyebabkan saya terkedu seketika untuk membuatkan penulisan ini lebih bermakna,kerana rupanya dalam saya tidak sedar ada yang membaca penulisan saya,sejajar dengan itu segala entri-entri disini saya hiasi dengan ayat-ayat indah.Ya hanya ayat-ayat indah.Semoga ALLAH merahmati dia.

Buat kita yang merasa nikmat penulisan ini,ianya sangat indah,bahasa itu indah dan cinta itu indah.Seperti tajuk diatas cinta itu begitu subjektif maksudnya.

Cinta itu......

Sangat indah bagi yang merasainya dalam diam.....

Lebih indah jika disertai keikhlasan di kejauhan.....

Terlalu indah jika diberikan hanya pada yang berhak memilikinya dalam kesederhanaan.....


Pada ALLAH kita serahkan segala rasa yang hadir pada jiwa,kerana DIA yang maha agung membolak-balikan hati manusia.Siapalah kita untuk menafikan hal ini.Keajaiban utusan ALLAH tiada siapa yang mampu menolaknya,biarpun hati sering menafikan dan membuang mimpi itu sejauh mungkin.

Setiap mereka yang hadir dalam hidup kita tidak kira jenis apa pun mereka adalah ujian dari ALLAH buat kita,semuanya didatangkan bersebab,sama ada untuk menjadikan kita lebih baik atau sebaliknya.Hanya kita perlu bijak,memohon dari ALLAH untuk diberikan petunjuk kebenaran jalan yang kita pilih.Sekiranya kita memilih jalan sendiri tanpa mendahulu yang diatas,dikhuatiri mendatangkan perkara yang tidak kita ingini pula,jadi sama-sama kita kembali kepada ALLAH disaat buntu mnedapatkan kepastian.

Pengalaman yang dilalui oleh kita sedari alam remaja sehingga kini begitu berharga.Hampir disaat ini saya sendiri tertanya-tanya,adakah saya telah menjumpai apa yang saya cari selama ini?dan masih dalam persoalan walaupun banyak jawapannya sudah saya temukan.Bagi seorang pemikir dan penilai sudah tentu ada banyak kriteria yang diterapkan.Misteri itu indah bukan,hanya tersimpan kemas dilubuk hati.Hanya kita dan si pemilik hati yang memahami.

Cinta itu........




Tak bisa dipaksakan walau beratus cara diusahakan.....

Tak bisa dirampas andai hati tidak ikhlas memberi....

Tak bisa dimiliki jika bukan pemilik sejati....

Tak bisa diluahkan andai rasa tidak dilorongkan oleh ALLAH...

Tak bisa memberi sepenuh setia jika istikharah menunjukkan sebaliknya...

Tak bisa memahami jika jiwa belum sudi untuk menerima....

Tak bisa memiliki andai hidup masih belum cukup sempurna ilmunya....

Tak bisa mengharungi andai tanggungjawab masih tidak bisa digalas...

Tak bisa diteruskan andai ada yang terluka...

Tak bisa diperolehi andai ALLAH belum memberi keizinannya..

Banyak bukan ungkapannya,jadi kembalilah kita kepada DIA yang sebenar-benar pemilik hati untuk setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh-NYA.Akan ada jawapan terbaik untuk kita sekiranya kita benar-benar meyakini janji-janji ALLAH S.W.T 

Kepada si pemilik hati yang sebenar :

Semoga kutemukan dirimu didalam doa dan istikharahku 
pada waktu dan masa yang begitu indah untuk dikenang,
ingin ku bawa dikau bersama disetiap langkah kehidupanku sehingga ke rumah terakhir kita
andai ujian melanda semoga dirimu terus tabah, sabar dan setia menemaniku
jangan pernah lelah dalam mencintaiku kerana daku juga tidak sempurna mencintaimu
jangan lupa mendoakan diriku dikala jasadku sudah tiada lagi wujud didunia fana
jangan pernah mencintaiku melebihi apa adanya,utamakan DIA yang diatas sana
jagailah hati kedua ibu bapa kita kerana dari itu kita tahu bagaimana anak-anak kita pula nanti
Kunantikan hadirnya dirimu walau entah bila tibanya masa itu.Amin.




P/S : Semoga kita terus istiqomah berjuang atas nama muslim dan muslimah sejati kepada ALLAH.           Selamat tinggal cinta palsu yang menghiasi kenangan-kenangan yang berlalu.Ku ingin melangkah dengan penuh yakin.










Khamis, 27 Jun 2013

RAMADHAN BAKAL MENJENGAH LAGI DI TAHUN 2013


Assalamualaikum.w.b.t,

      Salam hari Jumaat buat seluruh pembaca blog yang saya hormati dan kasihi.Hari ini merupakan hari Jumaat bersamaan 28 Jun 2013 bersamaan 19 Syaaban 34 Masihi.Alhamdulillah syukur pada ALLAH S.W.T diatas kurniaan dan kasih sayangnya pada kita.Hari ini masih lagi kita mampu untuk menghirup udara,makan dan minum kerana ada juga dikalangan kita yang sedang uzur bertarung nyawa melawan kesakitan,dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya untuk mengadap Maha Pencipta.

    Sesungguhnya hal itu adalah kitaran sebuah kehidupan,membuktikan ALLAH itu maha adil lagi maha mengetahui ajal maut jodoh dan pertemuan kita.Sejajar dengan peningkatan usia kita, lagi banyak juga tanggungjawab dan cabaran yang bakal digalas untuk membuktikan keimanan kita kepada ALLAH.Andai bijak mencari jawapan, pengakhiran hidup kita juga akan begitu indah nikmatnya.Hidup ini terlalu singkat untuk dibiarkan tanpa ada apa-apa yang diusahakan,tapi perlu dipersiapkan bekalan untuk kedua-dua dunia iaitu dunia dunia dan dunia akhirat.Siapalah kita tanpa ALLAH S.W.T mampukah kita hidup tanpa rahmat dariNYA.

    Sesungguhnya hidup ini amat singkat untuk kita miliki,amat singkat untuk kita terus leka dan hanyut dengan arus kehidupan di dunia dunia.Semoga sahaja kita semua akan terus menjadi baik,lebih baik,sangat baik dan terbaik di masa hadapan yang akan menjengah kita.Biar kita tidak mampu miliki semua yang kita inginkan,tapi kita sentiasa terus bersemangat untuk berusaha memperbaiki diri kita seadanya.ALLAH maha mengetahui apa yang ada difikiran kita dan apa yang kita rancangkan,jadi serahkan segalanya pada ALLAH,jika baik untuk kita apa yang kita rancang dan fikirkan pasti akan diperkenankan oleh-NYA untuk menjadi kenyataan.Jika tidak sebaliknya pula yang akan diperkenankan sesungguhnya ALLAH itu maha adil.Semoga kita tidak terus-menerus menyalahkan takdir buat kita,terimalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

    Hadapilah ia dengan penuh semangat juga senyuman,tanpa mengenal erti putus asa,andai sedih hari ini cuba perbaiki untuk mendapatkan nikmat gembira,jika susah hari ini,cuba perbaiki untuk dapatkan nikmat kesenangan,jika kita naif hari ini,cuba perbaiki untuk dapatkan ilmu ALLAH,jika lupa ALLAH hari ini cuba perbaiki dengan lebih mengingati ALLAH dari yang lain-lain selepas ini.Mudah untuk dikatakan tapi amat berat untuk dibuktikan tapi itulah pelajaran yang bernilai didunia untuk kita hadapi.

   Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.Semoga kita akan terus saling membantu dan menyokong antara satu sama lain tanpa mengenal jemu.Maaaf kan juga jikalau penulisan didalam blog saya ini membuatkan ada hati-hati dan jiwa-jiwa yang terluka,tulus dari hati tiada niat melakukan demikian.


Sekian Wassalam.



 
 
 

 


Jumaat, 24 Mei 2013

YANG TERBAIK BUAT KITA


Assalamualaikum.w.b.t.......

Alhamdulillah syukur pada ilahi pada hari ini saya terfikir untuk mengupdate blog yang telah sekian lama saya tinggalkan tanpa berita.Terasa bertahun lamanya meninggalkan blog ni walaupun baru beberapa bulan berlalu dari last update dari saya.

Pada tahun ini alhamdulillah setelah melalui segala macam pahit manis kehidupan akhirnya segala peritiwa dan perkara yang dilalui begitu indah untuk dikenang dan dinilai.Cukup bila kita boleh merasa nikmatnya bahagia tatkala dirundung pelbagai masalah dan cabaran yang mendewasakan kita.

Betul seperti yang dinyatakan dalam hadis manusia itu takkan diyakini keimanannya selagi dia tidak diuji.Semakin kuat kita cuba untuk meningkatkan keimanan kepadaNYA semakin hebat juga ujian dan dugaan yang cuba mendekati kita.Semua itu berbaloi untuk kita hadapi jika kita benar-benar yakin padaNYA.

Dan janganlah pula kita berputus asa dari nikmat ALLAH dikala kita diberi rasa kekecewaan setinggi gunung,semoga sahaja kita terus tabah dan perbaiki setiap khilaf yang kita lakukan dahulu.Allah tidak hanya memberi tapi sentiasa menanti kita berdoa dan bersyukur kepadanya.Dan sentiasa ada untuk kita.Meyakininya memberi harapan kepada kita untuk setiap inci yang belum kita ketahui akhirnya.

Sepertimana kita semua begitu juga saya,kita perlu sentiasa meyakininya.ALLAH itu lebih maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.Dan kita adakah perlu hanya terus mengalah tanpa berusaha?Semestinya tidak bukan,jadi berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik buat diri kita.Mungkin masanya bukan sekarang tapi akan datang di masa depan bila tepat masanya.

Semua yang diberi ALLAH adalah yang terbaik buat kita sakit , susah,  sedih,  gembira segalanya adalah pelajaran dan pengajaran yang terbaik buat kita.Semoga kita mendapatkan yang istimewa dalam hidup kita tanpa kita sedari.




Sekian wassalam.