~cahaya cinta~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Counter~

Jumaat, 20 September 2013

Kehebatan Cinta dan Takdir ALLAH s.w.t

Assalamualaikum.w.b.t..

Hai para sahabat dan pembaca-pembaca blog yang lama dan juga yang baru, bertemu lagi diruangan kali ini dengan tajuk yang lebih segar dan berharap agar penceritaannya juga agak padat dan mampu memberi motivasi kepada sesiapa sahaja yang melewatinya.




Berbalik kepada tujuan asal penulisan disini permulaannya,saya adalah insan yang naif mengenai isi-isi serta tajuk yang ingin dibentangkan.Namun sejajar dengan kedewasaan diri dan masa,akhirnya ada banyak topik yang dapat disampaikan dengan lebih tulus dan mulus.Tidak dinafikan saya merupakan seorang pencinta bahasa bunyinya seakan saya boleh mengarang lirik lagu dan juga puisi selepas ini nanti. :-) alhamdulillah ilmu kurniaan ALLAH ini terlalu banyak cabangnya jadi jangan pernah lupa untuk mempelajarinya.





Menjurus kepada tajuk diatas,ada begitu banyak cerita yang ingin saya sampaikan buat para pembaca.Begitu banyaknya ujian dan cabaran yang ALLAH datangkan pada diri kita,namun DIA tidak pernah lupa untuk menghadiahkan sebuah senyuman yang begitu bernilai dan bermakna buat kita.Baru-baru ini juga ada begitu banyak cabaran dan ujian yang perlu diharungi,namun dihati kita tetap perlu meyakini bahawa ALLAH sedang menguji kita sebagai hambaNYA sama ada sabar,putus asa,atau terus berusaha.Benar seperti yang dinyatakan dalam hadis,kehidupan manusia didunia adalah bertujuan memperhambakan diri kepada ALLAH s.w.t ,disamping mempersiapkan diri menghadapi ujian untuk setiap fasa kehidupan.





Dari waktu didalam perut ibu sebelum waktu kelahiran,perjanjian kita dengan ALLAH s.w.t untuk memperhambakan diri kepadaNYA ketika waktu didunia,sewaktu kelahiran kita didunia kita diazankan, didedahkan dengan cara-cara menghadapi dunia dunia dan persiapan dunia akhirat,sehingga menghampiri dunia dewasa setelah fikiran sudah cukup matang berfikir kita didampingi oleh segenap ujian didunia yang menentukan saham kita diakhirat.Betapa hebatnya cinta dan takdir ALLAH s.w.t.Ujian dalam kehidupan juga bermacam-macam segalanya melibatkan manusia dan bagaimana kita menghadapainya.Berbekalkan D.U.IT.iaitu DOA,USAHA,IKHTIAR DAN TAWAKAL kepada ALLAH s.w.t, kita perlu melangkah dengan penuh yakin berjalan menuju cinta NYA.Diakui perjalanan itu sememangnya dipenuhi oleh onak duri serta ranjau yang berliku,dugaannya setinggi gunung yang menghalang pandangan mata ,godaannya ibarat ribut yang menenggelamkan iman,keindahannya mempesonakan ibarat intan berlian jika kita kuat kitalah yang menguasainya,jika kita lemah kita pula menjadi mangsanya.





Semoga sahaja kita mampu memperluas ilmu ALLAH S.W.T supaya kita mampu memilih jalan-jalan serta keputusan terbaik untuk kita ambil dan bergantung kepada satu-satunya Robb kita yang menetapkan takdir perjalanan kita.Sebaik atau sejahat mana pun kita,ALLAH s.w.t telah mempersiapkan aturcara buat kita di Lauh Mahfuz.Baik atau jahatnya kita bukan mata manusia yang menentukan,tapi ALLAH s.w.t. yang maha adil menentukan.Mudah dan Islam itu indah.Agama itu penuntun hati,penajam akal dan pengasah kebijaksanaan berfikir.Bersyukur kerana kita dilahirkan beragama Islam.Namun rugi jika kita Islam hanya pada nama.Mari kita sama-sama teruskan perjalanan kita untuk terus belajar mengenal ilmu ALLAH yang pelbagai kelak jiwa kita lebih tenang dan tenteram.





 P/s : Janji ALLAH itu pasti,dugaan ALLAH itu penguji kesabaran,kesakitan hati itu penjana kekuatan jiwa,dan ketakwaan iman itu penyuluh perjalanan.