~cahaya cinta~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~My Counter~

Khamis, 27 Jun 2013

RAMADHAN BAKAL MENJENGAH LAGI DI TAHUN 2013


Assalamualaikum.w.b.t,

      Salam hari Jumaat buat seluruh pembaca blog yang saya hormati dan kasihi.Hari ini merupakan hari Jumaat bersamaan 28 Jun 2013 bersamaan 19 Syaaban 34 Masihi.Alhamdulillah syukur pada ALLAH S.W.T diatas kurniaan dan kasih sayangnya pada kita.Hari ini masih lagi kita mampu untuk menghirup udara,makan dan minum kerana ada juga dikalangan kita yang sedang uzur bertarung nyawa melawan kesakitan,dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya untuk mengadap Maha Pencipta.

    Sesungguhnya hal itu adalah kitaran sebuah kehidupan,membuktikan ALLAH itu maha adil lagi maha mengetahui ajal maut jodoh dan pertemuan kita.Sejajar dengan peningkatan usia kita, lagi banyak juga tanggungjawab dan cabaran yang bakal digalas untuk membuktikan keimanan kita kepada ALLAH.Andai bijak mencari jawapan, pengakhiran hidup kita juga akan begitu indah nikmatnya.Hidup ini terlalu singkat untuk dibiarkan tanpa ada apa-apa yang diusahakan,tapi perlu dipersiapkan bekalan untuk kedua-dua dunia iaitu dunia dunia dan dunia akhirat.Siapalah kita tanpa ALLAH S.W.T mampukah kita hidup tanpa rahmat dariNYA.

    Sesungguhnya hidup ini amat singkat untuk kita miliki,amat singkat untuk kita terus leka dan hanyut dengan arus kehidupan di dunia dunia.Semoga sahaja kita semua akan terus menjadi baik,lebih baik,sangat baik dan terbaik di masa hadapan yang akan menjengah kita.Biar kita tidak mampu miliki semua yang kita inginkan,tapi kita sentiasa terus bersemangat untuk berusaha memperbaiki diri kita seadanya.ALLAH maha mengetahui apa yang ada difikiran kita dan apa yang kita rancangkan,jadi serahkan segalanya pada ALLAH,jika baik untuk kita apa yang kita rancang dan fikirkan pasti akan diperkenankan oleh-NYA untuk menjadi kenyataan.Jika tidak sebaliknya pula yang akan diperkenankan sesungguhnya ALLAH itu maha adil.Semoga kita tidak terus-menerus menyalahkan takdir buat kita,terimalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

    Hadapilah ia dengan penuh semangat juga senyuman,tanpa mengenal erti putus asa,andai sedih hari ini cuba perbaiki untuk mendapatkan nikmat gembira,jika susah hari ini,cuba perbaiki untuk dapatkan nikmat kesenangan,jika kita naif hari ini,cuba perbaiki untuk dapatkan ilmu ALLAH,jika lupa ALLAH hari ini cuba perbaiki dengan lebih mengingati ALLAH dari yang lain-lain selepas ini.Mudah untuk dikatakan tapi amat berat untuk dibuktikan tapi itulah pelajaran yang bernilai didunia untuk kita hadapi.

   Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.Semoga kita akan terus saling membantu dan menyokong antara satu sama lain tanpa mengenal jemu.Maaaf kan juga jikalau penulisan didalam blog saya ini membuatkan ada hati-hati dan jiwa-jiwa yang terluka,tulus dari hati tiada niat melakukan demikian.


Sekian Wassalam.



 
 
 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan